Wanita Bakar Beg Prada, LV Depan Suami Kerana 'Tak Tahan Hidup Cara Orang Kaya'


China, 1 Jun - Seorang wanita di sini bertindak membakar beg berjenama miliknya ketika dia sedang bergaduh dengan suami di hadapan rumah mereka dalam kejadian pada Isnin lalu.

Menurut Ifeng News, wanita muda itu, Xiao Tong, adalah seorang pelajar di Guangzhou yang mengahwini seorang lelaki kaya selepas setahun bertemu.

Hidup Xiao adalah hidup yang sering diimpikan oleh orang ramai; hotel lima bintang; sebuah rumah besar; kereta mewah dan beg berjenama. Namun kehidupan itu nampaknya menyebabkan dia tidak gembira.


Menurut Shaghaiist, Xiao datang dari keluarga miskin dan tidak berupaya mengikuti cara dan kekangan hidup sebagai orang kaya setelah mendapati dirinya cuba mengikut 'standard' untuk menjadi menantu yang sempurna.

Terpegaruh selepas menonton satu filem online yang memaparkan kisah seorang gadis yang senasib dengannya, Xiao kemudian mengambil beg LV, Prada dan Hermes miliknya dan membakar kesemua beg itu di hadapan suami sebagai tanda meminta cerai.


Di media sosial, orang ramai mengkritik 'drama too good to be true' yang 'dipersembahkan' oleh dua watak itu.

"Berdasarkan lakonan, saya cuma boleh bagi filem ini 0.1 bintang. Ia terlalu palsu", tulis seorang netizen. - Siakapkeli.my




EmoticonEmoticon