Dikecam ‘Mabuk’ Kerana Berbusana Melayu Lama, Lelaki Ini Balas Cemuhan Netizen.



Bendahara Main


Setiap bangsa ada identiti dan busana tersendiri. Tak kisahlah Melayu ke, Cina, India, dan lain-lain, semuanya mesti bangga dan nak pakai pakaian yang melambangkan identiti bangsa mereka sendiri. Tak salah langsung kalau nak pakai hari-hari dan bukan sebagai pakaian rasmi macam perayaan. Bezanya, mentaliti kita sendiri. Orang kita ni lebih gemar mencemuh kalau kita buat perkara old school atau yang lari sikit dari lumrah kelaziman. Lagi teruk, dikutuknya kata nak tarik perhatian, takup to datelah. Macam mana tu? Tarik telinga kang baru tau!
Kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang pendirian dan perjuangan tegar seorang braderyang mempraktikkan amalan dan busana Melayu Lama. Siap bertanjak dan bersampin semua. Stylo milo, geng! Lagi syok, siap bukak tempat untuk berkuda, memanah dan macam-macam lagi kat Negeri Sembilan. Huish, kami tengok pun rasa macam nak ke sana untuk try! Pelakon Sari Yanti pun selalu upload Instagram buat aktiviti kat sana, tau! Ikuti perkongsian dan pendirian abang pendekar kita, Bendahara Alam Warisan.

“Saya berbusana bukan saya mabuk!”


998185_572966252746488_1796379969_n
Assalamualaikum
“Saya berbusana bukan saya mabuk”
Baru baru ini muktamar satu badan politik menggayakan pakaian tradisi orang Melayu. Tahniah dan secara jujurnya ia memerlukan keberanian untuk berbusana pada zaman ini yang rata ratanya sinikal dan sudah tidak kenal lagi dengan busana melayu. Baru baru ini ada pula yang kata orang berbusana ni mabuk. Celah mana mabuknya saya pun tak tahu. Mabuk kuasa selalu saya lihat. Tapi mabuk berbusana ini kali pertama.

Pernah dipanggil gila isim…


11934994_953031634739946_3839764038301306862_n
Gerakkan kami anak muda berbusana di KLCC dan Kuala Lumpur pada tahun 2010, benar-benar membuka mata ramai pihak. Ramai juga yang mencemuh. Tapi seronok juga sebab makin banyak cacian makin kuat jati diri sebagai anak melayu yang sejati. Pernah dipanggil gila isim…Pada hamba yang pakai kot atau blazer tengah panas dalam cuaca Malaysia ni lagi gila isim. Saya pernah bermesyuarat dengan menteri menteri, dengan berbusana dan mereka berkot dan berblazer. Ada yang memuji ada yang memperli. Yang pandang sinis bagai nak terbalik bijik mata tu, senyum dengan selamba berkata, “tak melayu hilang didunia”. Dengar perkataan tu, mereka tersenyum bangga dan mengiya.

Dalam dan begitu indah busana Melayu


12928242_10206533157793135_3181497152749377978_n
Pihak Persilatan memang sudah lama dengan busana mereka, dan anak muda semakin berminat untuk mengenali busana Melayu Lama. Semenjak dari itu kami tidak pernah menoleh lagi kebelakang. Dalam dan begitu indah busana Melayu. Banyak yang tersirat di dalam setiap lipatan dan di dalam setiap gaya. Bersesuaian dengan setiap tempat dan fungsinya. Ketamadunan yang tinggi membuatkan kita bijak dalam berpakaian.

Jangan malu berbusana Melayu


10262252_1048522325190876_8934912755851943735_n
Raya ni berbusanalah. Tak ada apa yang nak di malukan.
Singa tetap singa, Kambing tetap kambing.
Usah malu mengaku Melayu.
Usah malu berbusana.
Itu usul kita warisan kita.
Ada betulnya juga tulisan brader ni. Setiap pakaian tradisi lama tu ada sejarah dan maksud tersirat yang kita patut kekalkan dan ambil tahu. Kalau tak, generasi seterusnya dah tak tahu asal usul bangsa masing-masing. Sama jugak macam makanan, adab dan tatacara hidup. Ambil yang baru, kekalkan yang lama. Kalau tak nak praktikkan, jangan bash. Bukannya hina macam sampah atau sindir-menyindir. Barulah betul. Steady, geng!
Sumber: ohbulan.com


EmoticonEmoticon