TEHRAN – Seorang atlet angkat berat Iran yang mempunyai bentuk badan seperti watak Hulk dan sering memuat naik rutin hariannya mempunyai 59,000 pengikut di laman perkongsian gambar Instagram.
Sajad Gharibi, 24, yang turut dikenali sebagai Hercules Parsi itu mempunyai berat badan 152 kilogram (kg) dan mampu mengangkat beban sehingga 175kg iaitu bersamaan dengan dua ekor anak gajah.
Dia sering memuat naik gambar rutin hariannya memaparkan badan dan ototnya yang besar.
Sejak mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial media, Gharibi turut menjadi sensasi di internet apabila pengguna internet berasa kagum dengan pencapaiannya.
Pada masa lapang, Gharibi suka merakamkan gambar bersama objek-objek yang kelihatan kecil apabila diletakkan bersebelahan dengannya.
Walaupun Gharibi berbadan besar, namun menurut rakan-rakannya dia seorang yang baik hati dan lembut. – Agensi
Sumber:www.kosmo.com.my
EmoticonEmoticon