KUALA LUMPUR, 24 Jun - Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuatkuasa serta merta.
Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkata tindakan itu dipersetuji sebulat suara oleh Majlis Tertinggi Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
"MT Umno sebulat suara mengambil keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana pelanggaran disiplin.
"Ini kerana mereka telah berada di atas pentas bersama pembangkang menyerang pimpinan dan parti. Ini merupakan kesalahan besar disiplin," katanya sebagaimana lapor Sinar Online
Sumber:Siakapkeli.my
EmoticonEmoticon