TASEK GELUGOR, 5 Jun: Pemain gitar kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff, 55, meninggal dunia sebaik sahaja kumpulan itu selesai mengiringi persembahan Awie pada malam majlis penutup Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016 di Dataran Transformasi Usahawan di Kubang Menerong di sini malam tadi (4 Jun).
BH Online melaporkan, Izharuddin atau Ajan meninggal akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.
Allahyarham dilaporkan tiba-tiba rebah diatas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama Awie.
Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin, 57, berkata beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.
"Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya.
"Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB)," katanya.
Kumpulan itu ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang dan terkenal dengan lagu "Pulau Pinang Kita" pda sekitar thaun 90-an. - Siakapkeli.my
EmoticonEmoticon