Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali yang lebih dikenali dengan nama Prof Izzi telah kembali bertemu Maha Pencipta pada jam 12.45 tengah hari tadi.
Allahyarham yang terkenal dengan tagline "Renung-renungkan dan selamat beramal" itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok yang dihidapinya.
Memetik laporan Sinar Online, anak saudaranya Abdul Muein Abadi, 28, telah mengesahkan berita pemergian arwah ini.
"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.
"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu,"katanya.
Memetik tulisan Masjid Syarifah Fatimah (Masjid Kemunting), Jitra, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid berkenaan pada petang ini sebelum di bawa pulang ke Terengganu.
Allahyarham sebelum ini telah dilaporkan jatuh ketika selesai Solat di Masjid Al A'la pada 13 Jun lepas seterusnya dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan mengalami Strok.
Di dalam laman Twitter milik Allahyarham Prof Izzi, pada hari pertama Ramadhan lalu beliau telah berkongsikan sekeping gambar orang meninggal dunia dengan kepsyen berbunyi
"Kematian di hari pertama Ramadhan. Walau Ramadhan akan ditempuhi tapi blum tentu melaluinya."
Namun tidak disangka itu tanda Prof Izzi akan pergi selamanya.
Kembalinya Allahyarham di hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu petanda yang baik, semoga sentiasa di dalam Rahmat Allah swt.
Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). -
Sumber:Siakapkeli.my
EmoticonEmoticon