PENDANG – Kebimbangan seorang wanita warga emas apabila suaminya tidak pulang dari bazar Ramadan Guar Chempedak di Yan selepas hampir dua jam menunggu, berakhir dengan berita duka apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat digilis treler di Jalan Jenun dekat sini kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mayat Hussin Ahmad, 67, seorang penoreh getah ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tersepit di bawah tayar belakang sebelah kiri treler.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Hussin yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pokok Tai Lama di sini selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan tersebut.
Arwah sempat membeli dua bungkus mi sup yang menjadi makanan kegemarannya untuk berbuka puasa.
Isteri mangsa, Che Toom Mat, 65, berkata, arwah keluar dari rumah kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Guar Chempedak yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumahnya.
Sumber:www.kosmo.com.my
EmoticonEmoticon