Demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal, seorang wanita warga emas mengambil upah membungkus sup bunjut dari sebuah kilang berhampiran dengan upah tiga sen setiap satu. Dahulunya si suami jadi pemandu bas mini serta teksi tetapi akibat masalah kesihatan yang kronik, suaminya hanya duduk di rumah sahaja.
Baca kisah lanjut mengenai sepasang suami isteri ni. Rasa kasihan pula. Semoga mereka dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik InsyaAllah.
Dalam sebulan paling banyak dapat RM150..
Foto kredit: Sinar Harian
Di rumah mereka tiada sofa mahupun televisyen. Cukup lah sebuah radio lama yang menjadi penghibur hati di kala sunyi. Pasangan warga emas yang bernama Siti Hazirah Hamzah (63) dan suami Abdullah Khamis (70) ini saling melengkapi antara satu sama lain demi meneruskan hidup mencari rezeki.
Suami pernah bekerja sebagai pemandu bas dan teksi tetapi terpaksa berhenti oleh kerana penyakit gout yang serius. Manakala Siti Hazirah mengambil upah dengan membungkus sup bunjut. Di rumah mereka tiada sofa mahupun televisyen. Cukup lah sebuah radio lama yang menjadi penghibur hati di kala sunyi.
Makcik dari Johor dan pakcik pula dari Perlis. Bila suami selalu sakit dan tak boleh bekerja, makcik ajak dia balik kampung tapi pakcik tak nak sebab masih mampu bertahan.Alhamdulillah, rumah ni rumah sendiri walaupun kecil tapi cukuplah buat kami suami isteri meneruskan hidup.
Tambah Siti Hazirah, dia pernah berputus asa dan mahu pulang ke kampung halaman untuk memulakan hidup baru. Tetapi dia terpaksa lupakan hasrat itu kerana dia tidak mahu menambahkan beban keluarganya.
Bungkus 3 hari dapat RM12..
Situ Hazirah mengambil upah bungkus sup bunjut dari enam tahun yang lalu. Katanya upah yang dapat tidak lumayan tapi cukup untuk makan minum mereka berdua.
Walaupun tak lumayan cukuplah nak menampung makan minum makcik dan pakcik.Setiap hari mula pukul 12 tengah hari sampai 10 malam makcik akan bungkus sup bunjut dan berhenti sekejap untuk solat dan memasak. Sehari boleh siap 400 biji.Kalau tiga hari dapatlah RM12 tapi dibayar setiap hujung bulan. Dalam sebulan paling banyak pernah dapat RM150.
‘Ada hikmah juga kami tiada anak..’
(Sekadar gambar hiasan)
Sementara menunggu dapat upah kata Siti Hazirah berkata suaminya akan mengambil atau menghantar orang yang memerlukan pengangkutan.
Bila pakcik dah sihat pakcik akan keluar cari duit, pernah sehari tu kami ada RM5 saja dan kami gunakan untuk beli nasi bungkus, nak beli bahan untuk masak tak cukup.Ada hikmah juga kami tiada anak, kalau tak, tak tahu macam mana nak besarkan mereka. Kalau betul-betul susah baru minta bantuan saudara tapi tak boleh selalu nanti orang tak suka.Kalau dapat zakat bagus juga boleh ringankan belanja dapur. Duit rumah dah habis bayar, bil elektrik dan air kadang-kala tak perlu bayar sebab tak banyak guna.
Sumber: Ohbulan.com
EmoticonEmoticon