Mi sup terakhir bazar Ramadan

Mi sup terakhir bazar Ramadan



KEADAAN ngeri di lokasi kemalangan selepas sebuah treler menggilis Hussin yang dalam perjalanan pulang selepas membeli juadah berbuka di Pendang semalam. Gambar kecil: Hussin.


PENDANG – Kebimbangan seorang wanita warga emas apabila suaminya tidak pulang dari bazar Ramadan Guar Chempedak di Yan selepas hampir dua jam menunggu, berakhir de­ngan berita duka apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat digilis treler di Jalan Jenun dekat sini kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mayat Hussin Ahmad, 67, seorang penoreh getah ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tersepit di bawah tayar belakang sebelah kiri treler.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Hussin yang me­nunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pokok Tai Lama di sini selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan tersebut.
Arwah sempat membeli dua bungkus mi sup yang menjadi makanan kegemarannya untuk berbuka puasa.
Isteri mangsa, Che Toom Mat, 65, berkata, arwah keluar dari rumah kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Guar Chempedak yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumahnya.

Sumber:www.kosmo.com.my
Lelaki ‘Hulk’ kini popular di laman Instagram

Lelaki ‘Hulk’ kini popular di laman Instagram



LELAKI ini sering bergambar dengan objek kecil. - AGENSI


TEHRAN – Seorang atlet angkat berat Iran yang mempunyai bentuk badan seperti watak Hulk dan sering memuat naik rutin hariannya mempunyai 59,000 pengikut di laman perkongsian gambar Instagram.
Sajad Gharibi, 24, yang turut dikenali sebagai Hercules Parsi itu mempunyai berat badan 152 kilogram (kg) dan mampu mengangkat beban sehingga 175kg iaitu bersamaan dengan dua ekor anak gajah.
Dia sering memuat naik gambar rutin hariannya memaparkan badan dan ototnya yang besar.
Sejak mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial media, Gharibi turut menjadi sensasi di internet apabila pengguna internet berasa kagum dengan pencapaiannya.
Pada masa lapang, Gharibi suka merakamkan gambar bersama objek-objek yang kelihatan kecil apabila diletakkan bersebelahan dengannya.
Walaupun Gharibi berbadan besar, namun menurut rakan-rakannya dia seorang yang baik hati dan lembut. – Agensi

Sumber:www.kosmo.com.my
Brexit buat pelabur panik

Brexit buat pelabur panik


SUASANA dalam sebuah firma broker saham di London selepas referendum EU semalam.


SEOUL – Pasaran kewangan dunia mengalami pergolakan berikutan keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan pasaran saham dan harga minyak menjunam teruk.
Nilai mata wang pound sterling dilaporkan jatuh mendadak mencecah paras terendah sejak tiga dekad lalu dalam tempoh 24 jam. Indeks Saham FTSE 100 juga menyusut 8.3 peratus.
Pelabur yang terkejut dengan perkembangan semasa itu dilaporkan menjual semula saham-saham Britain sebaik sahaja pasaran dibuka pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) semalam.
Keputusan Britain berpisah daripada blok EU juga dijangka membawa lebih banyak kesan ke atas pasaran global sementara menunggu keadaan kembali pulih.
Kerajaan-kerajaan di Asia pula berikrar mengambil tindakan untuk menstabilkan semula pasaran kewangan selepas wujudnya keadaan panik dalam kalangan pelabur.
Pasaran saham Tokyo menjunam lapan peratus iaitu kejatuhan paling besar sejak 2008. Beberapa negara Asia Tenggara lain dijangka menutup pasaran dengan kerugian besar.
“Pelabur membuat pertaruhan dengan harapan ia kekal (Britain kekal dalam blok EU), namun perkara sebaliknya berlaku.
“Pasaran terumbang-ambing dan semua orang sibuk menyelamatkan diri secara serentak,” kata Pengerusi Starfort Investment Holdings di Tokyo, Ken Courtis.
Mata wang pound diniagakan 5.7 peratus lebih rendah daripada dolar Amerika iaitu pada AS$1.3701 (RM5.62). Pound juga menyusut empat peratus berbanding mata wang Euro iaitu €1.2355 (RM5.65).
Harga pasaran minyak mentah Amerika Syarikat menerima kejutan apabila jatuh 5.3 peratus atau AS$2.62 (RM10.79) kepada AS$47.49 (RM195.49) setong di New York.
Harga minyak mentah penanda aras, Brent Crude menurun 3.8 peratus atau AS$1.99 (RM8.19) kepada AS$48.90 (RM201.30) setong di London.
Kementerian Kewangan Korea Selatan dilaporkan akan mengambil semua tindakan yang perlu bagi menstabilkan semula mata wang dan pasaran kewangannya.
Pasaran saham di Shanghai, Taiwan, Sydney, Mumbai dan beberapa negara Asia Tenggara dilaporkan jatuh mendadak.
“Pasaran kewangan menjadi kecoh sejak semalam. Sekarang, semua mata sedang memerhati keputusan bank pusat di seluruh dunia dan pembangunan pasaran mereka khususnya Bank England dan Bank Jepun,” kata Penganalisis Kanan Pasaran Oanda di London, Craig Erlam. – A


Sumber:kosmo.com

3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan Pantas



Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay, menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball.

Rakyat Malaysia paling banyak berhutang di Asia.jpg

Kaedah 1: Kaedah ‘snowball’

Menerusi kaedah ini, anda boleh menumpukan komitmen kewangan anda untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.

Anda dinasihati untuk mengumpulkan sejumlah wang untuk tabungan kecemasan terlebih dahulu (misalnya, RM1,000).

Selepas itu, anda boleh menggunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda – satu persatu.

Anda perlu menyenaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar akaun hutang yang mempunyai baki yang paling minimum terdahulu.

Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah dulu, anda akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat.

Pendekatan ini akan memotivasikan anda untuk terus membayar hutang anda sehingga semua baki dapat dijelaskan.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengelakkan diri daripada membuat permohonan pinjaman peribadi yang baru dan mengurangkan penggunaan kad kredit.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin mengambil tempoh masa yang lama bagi menyelesaikan semua hutang yang ada, dan pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

Kaedah 2: Kaedah ‘debt stacking’ atau kaedah penyusunan

Kaedah ‘debt stacking’ memerlukan anda menyenaraikan dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah, dan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

Contohnya, anda mempunyai 4 akaun hutang:

Debt-stacking.jpg
Contoh 'Debt-stacking'.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda disarankan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terdahulu, iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar faedah 18%.

Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.

Sebagai contoh, jadual di atas menunjukkan hutang yang berjumlah RM1,493.96.

Untuk memastikan baki hutang tersebut dapat diselesaikan dengan kadar yang pantas, anda harus menggunakan semua wang lebihan anda untuk membayar baki hutang anda.

Jika anda memperuntukkan sebanyak RM1,600 untuk membayar hutang anda setiap bulan, anda akan menggunakan lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.

Selepas anda melangsaikan baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04 (RM150.00 + RM106.04) dan seterusnya.

Kaedah ini dapat mengelakkan anda daripada membayar kadar faedah berganda kerana anda akan menyelesaikan baki pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi terdahulu.

Namun, proses ini akan memakan masa.

Anda mungkin hanya akan melangsaikan akaun hutang pertama dan melihat hasil pembayaran dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’.

Oleh itu, kaedah ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.

Kaedah 3: Kaedah ‘snowflake’

Berbanding kaedah ‘snowball’ dan ‘debt stacking’ yang memerlukan anda memberikan komitmen kewangan bulanan yang tinggi untuk melangsaikan baki hutang, kaedah snowflake ialah kaedah yang lebih fleksibel.

Anda boleh membayar baki hutang anda mengikut kemampuan sendiri, tetapi dengan kekerapan yang lebih tinggi.

Hal ini bermakna, walaupun anda sudah membuat pembayaran minimum untuk baki hutang anda, anda terus membayar baki hutang anda setiap kali anda mempunyai lebihan wang mengikut kemampuan anda.

Contohnya, RM20 pada minggu pertama, RM50 pada minggu kedua, dan seterusnya.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda seakan-akan tidak terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi kerana anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit.

Anda mungkin dapat melangsaikan hutang tanpa anda sendiri menyedarinya.

Kaedah ini juga sesuai bagi orang yang bekerja sendiri, ‘freelance’ atau yang melakukan kerja sambilan.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin menyebabkan anda perlu membuat pembayaran balik hutang dalam jangka masa yang lebih lama, dan anda tidak dapat menjangkakan bila hutang tersebut dapat dilangsaikan.

Oleh itu, kaedah ini memerlukan perancangan yang teliti.

Anda hendaklah sentiasa mengemas kini baki hutang anda untuk mengelakkan caj-caj tersembunyi atau faedah terkumpul.

Hal ini juga bagi memastikan yang anda dapat meramalkan jangka masa yang anda perlukan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.

Jadi, yang manakah kaedah terbaik untuk saya?

Ketiga-tiga kaedah di atas mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.

Anda perlu melihat kaedah yang paling sesuai dengan situasi dan komitmen kewangan anda.

Kaedah ‘debt stacking’ mungkin adalah kaedah yang paling berkesan, kerana anda melangsaikan hutang yang mengenakan kadar faedah yang tertinggi terdahulu.

Dengan masa, bebanan faedah anda semakin berkurangan dan anda dapat mengelakkan diri daripada membayar faedah pinjaman yang tinggi.

Namun, setiap individu mempunyai komitmen kewangan yang berbeza.

Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera untuk mengetahui kaedah pembayaran hutang yang mana paling berkesan untuk anda.

Sumber:sentiasapanas.com

[VIDEO] Kisah Din Minta Maaf Dalam Iklan Raya TNB Ni Sumpah Kelakar Tapi….. #LepasT

u


DP TNB Raya
Ramadan yang mulia kini sudah hampir menutup tirainya, dan kita sebagai orang muslim semestinya sedih akan meninggalkan bulan yang penuh barakah ni.
Korang rasa la kan bulan ramadan kali ni tercapai tak matlamat yang kita nak target waktu awal-awal nak masuk bulan puasa ni? Kalau berjaya alhamdulillah dan teruskan konsisten tau.
Buat yang rasa-rasa tak tercapai target tu maka muhasabah la diri kita dan tanya dalam diri sampai bila? Masih adakah kesempatan bertemu bulan ramadan yang akan datang?
Okay sementara nak muhasabah diri tu apa kata korang ikuti kisah seorang budak lelaki bernama Din ni minta maaf pada bapanya dan korang mesti tak percaya apa yang dia buat dan #LepasTu

Jangan dijamak kesalahan korang tu kalau tak ini jadinya

Dosa jamak
Ha kisah si Din ni memang bagus untuk tatapan semua golongan masyarakat tau. Sebab apa? Ha ni la yang patut kita buat bila kita sudah terlanjur melakukan kesalahan.
Biarpun masalah tu kecil atau besar, kita sebagai orang yang bertanggungjawab perlulah berani mengakui dan bersedia menerima apa jua tindakan daripada orang yang kita buat salah sama ada dimaafkan atau sebaliknya.
Bunyinya mudah tetapi sebenarnya nak minta maaf memang sesuatu yang sangat sukar lagi-lagi mereka yang egonya mengalahkan tinggi Gunung Kinabalu.

Nasihat khas daripada TNB buat semua…Hayatilah dan fahamilah

Screen Shot 2016-06-21 at 3.09.22 PM
Iklan ni nak mengajar kita supaya saling maaf bermaafan di bulan yang mulia ni dan tak semestinya hanya di bulan ramadan dan syawal sahaja sebaliknya pada setiap kali kita melakukan kesalahan.
Paling penting sematkan dalam diri korang tu tiada kesilapan yang tak boleh dimaafkan, barulah aman dunia ni #LepasTu fikir-fikirkanlah.
Tak susah pun kan nak minta maaf cuma kena turunkan sedikit ego tu. Macam si Din ni kan akhirnya ayah dia pun sedia memaafkan dia meskipun banyak juga kesalahan yang dia dah buat tu.
Terima kasih TNB dan kami dari OHBULAN! turut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Korang tengok video ni mesti korang tak sangka si Din ni memang kelakar budaknya. #LepasTukorang tengok la ni…selamat menonton!

#LepasTu

Sumber : ohbulan.com

Muhyiddin, Mukhriz Dipecat, Shafie Digantung Jawatan Serta Merta




KUALA LUMPUR, 24 Jun - Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuatkuasa serta merta.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkata tindakan itu dipersetuji sebulat suara oleh Majlis Tertinggi Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

"MT Umno sebulat suara mengambil keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana pelanggaran disiplin.

"Ini kerana mereka telah berada di atas pentas bersama pembangkang menyerang pimpinan dan parti. Ini merupakan kesalahan besar disiplin," katanya sebagaimana lapor Sinar Online 
Sumber:Siakapkeli.my

(2 Video) Kilang Penapis Minyak Terbakar di Port Dickson




PORT DICKSON, 24 Jun - Kilang penapis minyak di Port Dickson terbakar sekitar jam 9 malam tadi.

‎Sumber bomba memberitahu, pasukannya menerima pangilan kecemasan pada jam 9.38 malam dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Port Dickson seramai tujuh orang termasuk pegawai bomba bersama satu jentera bergegas ke lokasi.

B‎BDP Telok Kemang serta BBDP Seremban 2 membabitkan tiga jentera dengan 15 anggota bomba dan pegawai bomba turut bergegas kelokasi untuk membantu.

Operasi masih giat dijalankan. (sehingga jam 11 malam)‎ 





Sumber :siakapkeli.my

Layan Awek Bak 'Princess', Langsung Tak Sweet, Bahkan Dayus Dan Berdosa Tanpa Ikatan - Dr Syahr Musafir



Sejak semalam menjadi viral di laman sosial sebuah video dan beberapa keping gambar yang menjadi bualan ramai, video dan gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan romantik telah meraikan majlis hari jadi kekasihnya dengan begitu 'grand' sekali.

Video berkenaan ternayata membuatkan sesetengah golongan wanita teruja dengan tindakan lelaki berkenaan sanggup 'berkorban' sedemikian rupa demi membuatkan kekasih yang belum dikahwininya itu bahagia.

Ternyata video viral berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang suka dan ada yang mengkritik tindakan berkenaan kerana mengangap ianya keterlaluan kerana mereka belum berkahwin dan seperti menunjuk-nunjuk.

Viral juga di laman Facebook hari ini teguran daripada Dr Syahr Musafir iaitu seorang pakar yang sering memberikan ceramah-ceramah pasal kekeluargaan, beliau juga seorang penulis dan berkhidmat untuk Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Australia.

Jom kita baca apa teguran beliau.

RAIKAN AWEK DENGAN LIMOUSINE BAGAI?

Setelah ramai orang memperkatakan dan bercerita, jadi saya telah lihat video H**** M****** meraikan hari lahir kekasih hatinya, S******* A*** dengan limusin and what not, yang telah viral dan menjadi sebutan satu Malaysia.

Saya berasa sangat marah dan kecewa dengan atitud dan video tersebut. Saya tidak dapat lihat satu apa pun kebaikan daripada video tersebut, melainkan perkara-perkara negatif semata-mata.

Meraikan hari lahir tidak salah. Bahkan kalaulah seorang suami meraikan seorang isteri amat digalakkan. Namun seorang boyfriend meraikan seorang girlfriend tanpa ikatan nikah adalah haram.

Hukumnya berdosa.

Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram dalam satu limusin (atau ruang tertutup) adalah haram. Dan berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam limusin 'ditemani' seorang fotografer/cameraman langsung tidak sweet.

Walaupun si gadis bertudung dan berpakaian bertutup (saya tak nak komen berkenaan ketat atau nampak lengan bla bla bla), maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dengan si lelaki yang kononnya gentleman. Haram dan berdosa. Langsung tidak lady-like, langsung tidak gentlemen, bahkan dayus semata-mata, penuh maksiat.

Saya bertambah kecewa kerana pasangan ini meraikan dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bahkan menyebar-luaskan dosa, maksiat dan keaiban ini kepada seluruh dunia untuk melihat dan menontonnya.

Cinta yang haram itu tetap haram. Selagi mana belum nikah, lelaki dan gadis ini adalah bukan mahram, dan haram berduaan, haram bersentuhan. Saya sebut sebegini sebab anda berdua adalah orang Islam. Muslim dan Muslimah. Ada faham?

Tiada alasan kita perlu bersangka baik si lelaki dan si gadis ini tidak reti agama. Si lelaki dan si gadis tahu 'agama' tetapi sengaja merendah-rendahkan martabat Islam dengan berkelakuan sebegitu.

Sekalipun mahu bercinta, janganlah jadi manusia yang jahil dan ignorant. Saya paling marah dan kecewa kerana maksiat ini dibangga-banggakan, disebar luaskan dan dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Respek, Bro. Mana engkau punya sifat hormat?

Saya nasihatkan Hafiz dan Syafiqah, tarik baliklah video yang telah disebarkan dan bertaubatlah. Jika desperate, bernikahlah sesegera mungkin. Umur gadis 22 tahun sudah 'tua' untuk menikah. Atau si lelaki tidak boleh nak meminang dan akad nikah kerana belum bersunat?

Inilah masalah orang kita sekarang. Terikut sangat dengan budaya Barat, budaya sosial melampau, drama dan filem Melayu yang tidak menjaga ikhtilat bahkan melampaui batas, zina, rogol, sentuh sikit sentuh banyak tak mengapa, bla bla bla, menjadi normal dan kebiasaan, sehingga dosa dan maksiat dirasakan seperti 'pahala' dan populariti.

Hang ingat sweet buat gitu-gitu? KEPALA HOTAK HANG!

Kepada wartawan dan jurnalis pun, cerita-cerita macam ni tak payahlah nak tulis macam cerita syurga. Adoi!

p/s: Tak pasal-pasal rasa marah pagi ni.

Terima kasih.

-Sumber: Siakapkeli.my

Kerajaan Pertimbang Raya Ketiga Sebagai Cuti Peristiwa - KSN



PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh hari Jumaat, 8 Julai ini, yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, permohonan yang disampaikan menerusi CUEPACS itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan.

"Bagaimanapun perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit.

"Insya-Allah saya akan bawa perkara ini untuk dirundingkan, sebab kerajaan memang tidak pernah ada cuti peristiwa hanya untuk negeri yang kerja pada hari Jumaat," katanya sebagaimana lapor BH Online
Sumber: Siakapkeli.my

Ketahui Hubungkait Warna Air Kencing Dengan Tahap Kesihatan Badan Yang Perlu Anda Tahu



Sudah pasti ramai antara kita perasan warna air kencing kita kadang-kadang jernih, kadang-kadang kuning, kadang-kadang kuning pekat dan ada juga yang bewarna gelap. Itu belum cerita warna air kecing ibu yang hamil.

Warna dan bau air kencing sebenarnya membawa makna kepada kesihatan kita. Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan air kencing selepas ditapis dan warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat.


Berdasarkan kajian, bagi seorang manusia normal, mereka memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air.


Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing:

Air Kencing Warna Jernih
Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.

Air Kencing Warna Kuning Terang
Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan risau, warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin dengan betul.

Air Kencing Warna Oren
Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan kencing berwarna oren. Kencing berwarna oren juga boleh disebabkan oleh dehidrasi atau tubuh tidak cukup air. Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

Air Kencing Warna Kuning Gelap
Bermakna tubuh anda mengalami dehidrasi(kekurangan air) yang teruk. Sila minum air masak dengan segera.

Air Kencing Warna Hijau
Mungkin terdapat jangkitan pada pundi kencing. Jika berwarna hijau terang, ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan. Pewarna makanan juga boleh menukar warna air kencing kepada hijau. Bahkan makanan semula jadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan kencing berwarna hijau.

Air Kencing Warna Biru
Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B dan Calcium berlebihan. Ubat-ubatan tertentu juga menjadi punca warna kencing biru.

Air Kencing Warna Coklat
Menunjukkan keadaan kesihatannya teruk. Jika air kencing anda berwarna coklat segeralah berjumpa doktor. Ini adalah tanda-tanda penyakit Hepatitis, penyakit buah pinggang, Hemolytic anemia dan lain-lain.

Air Kencing Warna Merah Pucat
Jika kencing berwarna kemerahan, kemungkinan ada darah dalam urin itu. Kehadiran darah itu mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, batu karang, penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Air Kencing Warna Kelabu (Grayish)
Boleh menjadi pelopor kepada batu karang. Batu karang biasanya bermula sebagai debu mikroskopik, tetapi juga begitu besar sehingga mereka tidak dapat dijelaskan apabila kesakitan membuang air kecil. Minum air yang mencukupi (dengan jus lemon jika perlu), senaman yang mencukupi dan mengambil vitamin tambahan boleh memberi manfaat. Jika anda mengalami sakit atau pedih semasa kencing anda lebih baik sebagai langkah berjaga-jaga, dan jumpa doktor.

Air Kencing Warna Putih Susu
Menunjukkan phosphaturia. Phosphaturia adalah satu tahap peningkatan garam fosfat dalam air kencing. Phosphaturia tidak semestinya berbahaya. Ia boleh merengsa dan dalam beberapa kes batu buah pinggang. Hubungi doktor anda sebagai langkah berjaga-jaga. Air kencing putih juga mungkin menandakan kebocoran atau limpahan sistem limfa untuk saluran buah pinggang atau kencing (chylurie). Ini terutamanya biasa di plasmacytoma hyperfosfaterurie dan mengekang. Air kencing keruh susu biasanya menunjukkan kepada pyuria (sel darah putih dalam air kencing)

Air kecing juga sering mengalami perubahan bau kerana sebab-sebab tertentu seperti

– Ubat-ubatan atau suplemen
– Makanan tertentu terutamanya asparagus. Asparagus terkenal dengan menyebabkan bau busuk, eggy atau “cabbagy” yang terhasil daripada sebatian sulfur dipanggil methyl mercaptan (juga terdapat dalam bawang putih).
– Jangkitan air kencing.
– Diabetes yang tidak terkawal diketahui boleh menyebabkan air kencing berbau dan mempunyai manis buah-buahan. Pada masa lalu, doktor akan diagnosis penghidap diabetes dengan menuang air kencing ke dalam pasir untuk melihat jika ia sudah cukup manis untuk menarik minat semut.

Bagi mereka yang membuang air sehingga 7 hingga 8 kali sehari adalah normal bergantung kepada jumlah air yang anda minum.

Peningkatan kekerapan kencing juga boleh boleh disebabkan oleh:

1) Pundi kencing terlalu aktif
2) Pengambilan kafein
3) Jangkitan saluran kencing
4) Cystitis celahan
5) Pembesaran prostat
6) Kencing manis.
7) Salah satu daripada beberapa penyakit neurologi.

Jom rujuk carta yang disediakan oleh Klinik Cleveland untuk lebih lanjut.


Sumber: Siakapkeli.my

Kerana Posting Sokong LGBT di Facebook, Orang Ramai Mahu Boikot Honda



AKIBAT menyokong program anjuran LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender), American Honda Motor dikritik hebat oleh netizen yang tidak bersetuju dengan golongan tersebut terutamanya netizen dari Malaysia dai Indonesia.

American Honda Motor pada Sabtu lalu memuat naik satu gambar kereta beraneka warna di Facebook sekaligus mengumumkan akan menyokong Columbus Pride Parade yang akan diadakan di Ohia Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Sambil memuat naik gambar-gambar kereta Honda yang beraneka warna dalam Facebook itu, syarikat pengeluar kereta itu berjanji akan sentiasa menghormati semua jenis golongan manusia termasuk golongan LGBT.
Dalam laporan China Press, akhbar ini mendapati langkah yang dibuat American Honda Motor amat tidak disenangi oleh pengguna kerta Honda di Malaysia dan Indonesia.

Ramai yang membantah keputusan berkenaan sehingga ada yang sedia menjual kereta Honda yang digunakan mereka sekarang dan tidak kurang pula yang memboikot untuk tidak lagi membeli jenama kereta keluaran Jepun ini lagi.

Seorang netizen, 'Penulis Tanpa Nama' berkata, beliau sememangnya cukup meminati model terkini Honda, namun akibat syarikat itu menyokong aktiviti LGBT, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi membeli kereta itu. Beliau juga berjanji akan menyebarkan mesejnya itu bagi memastikan Honda kehilangan lebih ramai pelanggan di serata dunia.

Manakala seorang lagi netizen, 'Syarifah Husna' berjanji akan memilih kereta Mazda bagi menggantikan kereta Honda.

Bagi 'Bendahara Alam Warisan' pula, beliau mengakui beliau sebelum ini adalah pelanggan tetap kereta Honda. Tetapi beliau kini sudah berkira-kira menjualkan kereta Hondanya malahan membatalkan hasrat untuk menempah dua jenis kereta Honda yang menjadi impiannya selama ini.

"Saya tidak ingin membeli kereta Honda lagi buat selama-lamanya. Saya juga akan beritahu semua kawan-kawan saya untuk tidak lagi beli kereta Honda. Sekurang-kurangnya tindakan memboikot ini boleh menghalang kegiatan LGBT daripada berleluasa," katanya.

Begitu juga dengan netizen dari Indonesia. Salah seorang netizennya, 'Didi Rachmadi' memberikan komennya bahawa jika Honda sokong LGBT, kami akan beralih sokongan kepada Toyota.

Ramai yang berpendapat, sesiapa yang membeli kereta Honda bermakna merekalah golongan yang menyokong LGBT.

 Sumber : Siakapkeli.my

Lelaki Menderita Selepas Jalani Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan


China, 23 Jun - Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin,  menderita apabila kesan bekam itu memburuk - dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.

Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula.

Li Lin berkata : "Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya".

Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.

Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.


Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.

Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.

Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.



Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.

Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.

"Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu", tanya seorang netizen.

"Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari", tulis netizen lain. - 
Sumber:Siakapkeli.my

Kategori

Kategori