(Video) "Pertama Sekali, Saya Mahu Ucap Syukur Alhamdulillah..." - Khairul Idham Juarai Moto3 di GP Jerman, Tinggalkan Pesaing 11 Saat di Belakang




Kuala Lumpur, 17 Julai - Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman hari ini.

Pelumba dari pasukan Honda Asia itu memulakan perlumbaan di petak 20.

Lebih membanggakan, Khairul Idham Pawi meninggalkan pesaingnya dengan kelebihan masa 11 saat.



"Pertama sekali saya mahu mengucapkan syukur Alhamdulillah dan saya mahu berterima kasih kepada pasukan saya kerana selalu bekerja keras untuk saya.", katanya ketika ditemubual oleh wartawan selepas kemenangan.

"Terima kasih banyak kepada mereka yang menyokong saya, kepada keluarga dan rakan-rakan saya. Harap anda semua terhibur", kata Idham mengakhiri temubual itu.

Khairul Idham, yang bermula di petak 20, berjaya menundukkan pesaing-pesaing lain antaranya Andrea Locatelli dan Enea Bastianini di atas trek basah.

Kejayaan Khairul Idham yang berusia 17 tahun dari Kampung Gajah Perak itu ternyata pencapaian yang sangat membanggakan apabila turut menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di litar berkenaan.


Sumber: Siakapkeli.my 


EmoticonEmoticon