Sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Tiada siapa dapat menjangkakan bila dan bagaimana kita akan pergi menghadap Ilahi.
Seperti kisah yang nak kami kongsikan ini. Ibarat berjanji sehidup semati dua hari selepas kematian isteri tercinta si suami pula menyusul seperti yang dijanjikan. Si suami beritahu adik beradiknya dia pun nak mati dah. Disangkakan beremosi kerana terlalu sedih tapi rupa-rupanya…
Makcik disahkan menghidap kanser payudara 2 tahun lepas
INI KISAH CINTAArwah makcik saya, Safarina Ismi disahkan menghidap kanser payudara 2 tahun lepas. Masa tu kanser masih ditahap 2. Saya panggil arwah, Cik Amy.Cik Amy ni orangnya lemah lembut, baik, cantik, memang rapat dengan Cik Amy. Cik Amy ni isteri kepada adik baba saya, Azizi Zulkifli (Cik G) yang baru meninggal semalam.Sejak Cik Amy sakit, macam macam cara mereka cuba utk merawat kanser, alternatif, modern, homopati, you named it. Semua dah cuba. Mereka usaha. Kadang2 Cik Amy okay sihat ceria macam orang tak sakit. Tapi kadang2 Cik Amy jatuh sakit.Sampailah kemuncaknya pada hujung tahun lepas bila kanser Cik Amy dah reach stage 4. Doktor sarankan buat chemotherapy. Cik Amy buat. Dia jadi kurus sangat, rambut gugur, makin sakit. Cik G, setia menemani dan menjaga Cik Amy dari awal Cik Amy sakit lagi Cik G positif sangat, yakin isteri dia akan sihat. Walaupun kanser Cik Amy dah merebak masa tu.Mereka dah berkahwin lebih 17tahun. Cik G ni nampak cam garang tapi penyanyang sungguh. Tambah2 bila dia mula kenal Cik Amy. Kehadiran Cik Amy dalam hidup Cik G menenangkan Cik G dari kehidupan dia yang huru hara masa muda. Cik Amy ni cinta mati dia. Sayang sangat. Pasangan ni dikurniakan 5 orang cahaya mata, 4 perempuan & 1 lelaki.
Sepanjang makcik sakit, pakcik jaga dengan penuh kasih sayang sampai tak tidur berminggu-minggu
Sepanjang Cik Amy sakit, Cik G jaga dengan penuh kasih sayang. Sampai tak tidur berminggu2. Nampak macam kuat. Tapi hakikatnya Cik G pun sakit. Cik G disahkan menghidap Hepatitis B. Tapi Cik G tak cerita kat sesiapa pun. Dia terus kuat demi isteri tercinta dan anak2. Dia senyum. Dia gelak. Dia buat lawak. Kadang2 dia nangis.Cik G dah lama sakit dan menderita. Tapi tetap kuatkan diri. Lawan sakit dia. Dia kena kuat. Kalau dia tak kuat, siapa yang nak beri dan jadi kekuatan utk isteri dia. Cik Amy yang sakit tu pun tak sanggup tengok susah payah suami dia menjaga dia sampai tak tidur2.Masa bulan Ramadhan haritu saya ziarah Cik Amy dekat rumah. Cik Amy cakap “Cik Amy kesian tengok Cik G tu. Dia penat terkejar sana sini. Jaga Cik Amy sampai tak tidur.” Bila saya tanya macam mana keadaan Cik Amy, dia cakap camni je “Cik Amy sakit ni bawa Cik Amy dekat lagi dengan Allah. Cik Amy tak takut kalau Cik Amy dijout. Tapi Cik Amy kesian kat anak2. Macam mana dorang kalau Cik Amy tkde. Kesian Cik G”Sebelum Cik Amy meninggal dia sempat minta ampun maaf dari Cik G. Cik G cakap dia ampunkan “sayang pergila dulu, nanti abang ikut”
Sehari lepas makcik meninggal, pakcik jatuh sakit & masuk ICU
Cik Amy meninggal pada 13/7/2016 12:28 am di hospital pada usia 37 tahun. Sedihnya Cik G jangan cakap la. Cinta hati dia dah pergi buat selama2nya. Lepas Cik Amy dikebumikan dia cakap kat adik beradik dia pun nak mati dah. Semua orang ingat dia beremosi kerana terlalu sedih. Dia langsung tak lalu makan dan mula lemah. Demam teruk.Hari khamis 14/7/2016 Cik G di bawa ke hospital sebab demam teruk. Sebelum pergi hospital dia pesan kat anak sulung (perempuan, 16tahun) Kak Long jaga adik2 ye.Bila sampai di hospital rupanya Cik G dah kritikal. Semua organ dalaman dah mula tak berfungsi. Usus bocor, buah pinggang buat hal, hempedu pecah. Allahu. Buat semua orang wonder macam mana Cik G mampu bertahan dengan sakit yang macam ni. Doktor tidurkan Cik G. Duduk dalam ICU. Dalam ICU tu 2 kali jantung Cik G terhenti. Semua dh mula risau. Baru la semua adik beradik Cik G tahu yang Cik G sebenarnya dah lama sakit.Sebelum jantung dia terhenti kali kedua tu dia tersedar dan minta bawak anak2 dia tengok dia. Dia tahu dia nak pergi dah. Allahu. Sedih betul time ni. Semua menangis. Semua adik beradik menangis dan call mana yang jauh untuk balik tengok Cik G.Oh lupa nak bagitahu. Keluarga kami ni besar. Adik beradik baba ada 18 orang. 14 lelaki, 4 perempuan. yang sulung dah meninggal, yang lain semua ada lagi. Cik G nombor 13. Bawah baba. Paling rapat dengan baba. Bayangkan la kesedihan baba bila tau adik dia kritikal. Baba sakit2 pun minta bawakan dia balik ipoh nak tengok adik dia.Tapi Allah lebih sayang Cik G. Jumaat, 12:58 tengah hari, jatungnya terhenti terus… Pada usia 47 tahun, Cik G pergi buat selama2nya. Tunaikan janji yang dia akan menyusul isteri tercinta. Meninggalkan 5 orang anak yang berusia 3 tahun – 16 tahun. Sedihnya taktahu nak cakapla. Dalam tempoh 2 hari je anak2 jadi yatim piatu.
Selama ni pakcik menangis sebab dia pun sakit teruk & risau akan pergi dulu sebelum makcik
Bila Cik G dah takde baru la semua orang sedar yang selama ni bila Cik G sedih, menangis, bukan sebab isterinya sakit. Tapi sebab dia pun sakit teruk. Dia risau dia akan pergi dulu sebelum isterinya.Ketika menaip ni pun air mata saya taknak berhenti mengalir. Saya rapat dengan mereka berdua. Kenangan bersama takpernah terhenti berputar dalam ingatan.Kepada yang membaca, sedekahkanlah Al fatihah buat pasangan suami isteri ni. Mereka dah berjanji sehidup semati.Doakanlah yang terbaik buat anak2 arwah. Jika mampu, berilah sedikit sumbangan kepada mereka. Ibu bapa mereka sudah tiada. Tempat mereka berlindung dan bermanja sudah tiada. Mereka perlukan kekuatan. Doakan mereka kuat, doakan mereka tabah, doakan mereka mebesar menjadi anak yang soleh dan solehah.Kepada yang ingin memberi sumbangan, buat sementara waktu ni anak sulungnya tkde akaun bank lagi, so boleh bank in ke akaun CIMB saya dulu, saya kumpulkan dan beri pada penjaganya nanti.CIMB BANK
7617622923 – Zuraisyah HananiSesunggunya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Mereka yang mati itu sudah selesai. Tapi kita yang masih hidup ini adakah sudah bersedia?Nota kaki : Ini gambar keluarga mereka 4 tahun lepas sebelum ada anak bongsu mereka yang kini berusia 3 tahun.Jangan lupa tekan share.
sumber: Ohbulan.com
EmoticonEmoticon