Pelancong Australia Ini Kongsi Kisah Aneh & Seram Yang Sedang Berlaku Kepada Keluarganya Selepas Bercuti di Malaysia Beberapa Hari Lalu


Hai semua, saya sudah lama membaca (reddit) secara senyap, tapi ini penulisan pertama. Saya cuma perlukan satu tempat untuk bercakap mengenai perkara pelik yang berlaku di rumah baru-baru ini.

Sedikit pengenalan, kami 6 sekeluarga (ibu, ayah, dua abang, saya serta adik perempuan) dan kami semua lahir dan dibesarkan di Melbourne, Australia. Ibu dan ayah saya masih lagi bekerja dalam bidang farmasi, saya dan abang-abang saya sedang belajar di universiti (Semua di Monash Univerity) manakala adik perempuan saya bakal bergraduasi dari sekolah (kami jangkakan dia akan lulus cemerlang).

Sekarang, kami sedang cuti pertengahan sem dan cuti sekolah. Sebagai ganjaran, ibu bapa saya bercadang untuk bercuti selama seminggu dan bertanyakan jika kami mahu pergi ke Asia Tenggara, lebih tepatnya Malaysia. Tanpa banyak soal, saya setuju, begitu juga dengan adik beradik saya yang lain.

Jadi kami pergi Lapangan Terbang Melbourne 2. Semua berjalan lancar. Naik pesawat dan 'menikmati' perjalanan  selama 6 jam di dalam tube besi itu.

Akhirnya, kami mendarat, masuk ke bilik hotel, makan malam, mandi dan bersedia untuk pengembaraan yang sudah kami rancang untuk minggu itu. Ia kelihatan seperti bakal menjadi cuti yang menenangkan; seperti yang saya harapkan. Namun tidak.

Disinilah saat semuanya menjadi sedikit pelik. Fakta ringkas tentang keluarga saya, kami adalah pelancong-pelancong yang 'biasa', dengan kamera tergantung di leher. Kami tak pernah 'lari' dari laluan normal pelancong. Kami tidak mencari tempat-tempat eksotik yang mana pelancong-pelancong seperti kami tidak mahu peduli pun dan kami sudah tentu tidak akan melakukan sesuatu secara spontan; semua dalam hidup saya sudah pun dirancang oleh ibu bapa saya dan ia sudah menjadi sebati dengan diri saya.

Jadi ia sedikit pelik buat saya apabila bapa saya memberi cadangan - daripada melawat Putrajaya, lebih baik kami biarkan kereta 'membawa ke mana kami patut pergi'. Tidak, ini serius. Bapa saya - seorang lelaki yang mengambil jalan yang sama setiap hari bekerja - tiba-tiba mencadangkan untuk melakukan sesuatu yang spontan dan tidak masuk akal (kepada saya) dengan mengembara ke satu tempat yang belum diketahui lagi. Lebh pelik, semua yang lain bersetuju dengannya.

Jujur, saya rasa seperti tidak mahu mengembara ke dalam belantara Malaysia, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak ikut dan berehat di bilik hotel dengan wifi percuma. Keluarga saya semuanya OK dengan itu dan kami berpisah. Saya tahu ianya sangat 'cliche' tapi dalam hati saya berkata perjalanan ini tidak akan berakhir dengan bagus dan saya rasa ianya salah saya juga tidak menasihati bapa saya untuk tidak teruskan idea bodoh ini.

8 jam kemudian (mereka bergerak pada tengahhari waktu tempatan), mereka masih belum pulang dan saya mula menjadi risau dan berfikir perkara yang bukan-bukan. Tidak ada cara buat saya untuk menghubungi mereka jadi saya menetapkan akan menghubungi pihak berkuasa tempatan dan konsul Australia jika mereka tidak pulang selepas pukul 10. Pada 9.20, saya terdengar bunyi 'beep' kad pada pintu dan mereka semua berjalan masuk terhuyung hayang; seolah-olah seperti baru belajar berjalan. Untuk menenangkan fikiran, saya memberitahu diri saya : selepas berjalan selama 10 jam, saya mungkin jadi macam mereka juga.

Mereka juga berbau. Busuk. Ianya bau yang sangat teruk, seperti bangkai busuk dan sulfur.

Mereka pulang ke hotel dan saya, yang juga penat ketika itu, pergi menghadap katil dan tidur. Pada pagi esoknya, saya terbagun semula dan dikejutkan dengan perkara yang tidak dijangka. Biarpun percutian masih berbaki seminggu lagi, saya lihat 'keluarga' saya mula mengemas barang dan 'bapa' saya memeriksa kami di bahagian bawah. "Bapa" saya kemudian naik ke atas semula dengan senyuman tidak ikhlas (saya tidak pernah lihat senyuman itu sejak dari lima tahun) dan memberitahu yang kami perlu balik ke Melbourne kerana ada hal kerja yang memerlukan khidmat dia dan ibu.

Sekali lagi, sebagai anak yang patuh, saya cuma ikut sahaja. Keluarga saya masih lagi berbau busuk dan tidak ada bukti bilik air sudah digunakan oleh mereka tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sangat sopan dan lemah lembut dan tidak suka banyak soal.

Kami check out, panggil teksi, dan pergi ke KLIA. Semua berjalan lancar (memandangkan kami memegang pasport Australia) dan kami naik ke dalam pesawat. Di sinilah perkara menjadi teramat-amat pelik. Bagi yang tak pernah terbang ke Australia, setiap penumpang perlu mengisi 'inbound travelling card' yang mengatakan siapa kamu dan apa yang kamu bawa ke dalam negara. Antara maklumat yang perlu diisi adalah nama, tarikh lahir dan nombor pasport serta beberapa soalan yang perlu dijawab. Kami tidak kekok dengan benda ini kerana sudah beberapa kali melancong, tapi tiada seorang pun dalam keluarga saya tahu bagaimana nak guna sebatang pen. Seterusnya, selepas melihat mereka mencakar ayam kertas itu (kelihatan seperti bahasa cyrillic atau hebrew atau benda yang sama seperti itu), saya mengalah dan mengisi kad itu untuk semua orang. Bermula dari sini, saya ketakutan.

6 jam kemudian, kami mendarat, pergi ke arah kastam dan selepas beberapa jawapan mengarut dari 'ibu bapa' saya, saya berjaya menyakinkan pegawai kasstam bahawa mereka mempunyai masa yang sukar ketika di luar negara dan masih belum pulih. Dia melepaskan kami kerana kami warga Australia dan tidak ditahan kerana tiada isu yang besar. Satu perkara yang pelik adalah saya perasan tiada seorang pun perasan bau busuk pelik yang keluar dari keluarga saya. Hanya saya, dan juga anjing yang menjaga tempat kuarantin.

Dua ekor anjing yang bertugas mencium bagasi penumpang itu, memberi reaksi negatif terhadap bau keluarga saya - dengan hidung mereka mengerut. Pegawai kuarantin yang sedar dengan perkara itu bertanya jika kami ada apa-apa untuk 'dideclare'. Dia cuba menyuruh anjing itu pergi mencium kami tapi ia tidak mahu. Memandangkan tiada apa yang pelik di bahagian x-ray, kami tidak ditahan dan dibenarkan lepas.

Kami meninggalkan lapangan terbang, ambil bas shutte ke arah kereta kami. Bermula saat ini, saya sudah mula berfikir benda jahat sudah terjadi kepada keluarga saya ketika 'perjalan spontan' mereka. Kami masuk ke  dalam kereta dan ayah saya bertanya soalan yang hampir membuatkan saya menangis ketakutan. Dia beritahu saya dia lupa jalan pulang ke rumah (kami tinggal di rumah yang sama sejak lahir lagi) dan jika boleh dia mahu saya menjadi penunjuk arah atau tolong pandu kereta ini ke rumah.

Saya yang terlalu takut ketika itu melompat ke tempat pemandu. Kami tinggal di pinggir bandar di timur selatan yang akan mengambil masa 1 jam dari lapangan terbang. Akhirnya kami sampai di rumah dan saat ini, saya seolah-olah sudah 'tidak berfungsi', di dalam fikiran yang kacau. Dari jelingan mata, saya ternampak 'bapa' saya melihat-lihat rumah itu dan senyum dengan banggsa seolah-olah dia tidak pernah sampai ke sini dan rumah itu diberikan sebagai 'hadiah' kepadanya.

Kesemua ahli keluarga saya masuk ke dalam rumah dan tidur di bilik masing-masing. Itu sahaja tapi ini mengesahkan bahawa saya telah membawa masuk sesuatu yang jahat ke dalam rumah saya.

Sekarang sudah 1.07 pagi (kami sampai di tengah malam) ketika saya menulis ini dan saya tak dapat tidur langsung, sama seperti mereka di atas. Setiap 10 minit, keluarga saya akan membuat bunyi dengungan berirama tapi ia sudah berhenti 15 minit sebelum pukul 1 tadi. Saya tak pasti apa maksudnya tapi saya teringin untuk tahu. Memandangkan kami muslim, saya cuba berhubung dengan seorang Sheikh yang tahu tentang benda ini dan berharap agar dia boleh menolong saya. Tapi jujur, saya tak tahu apa yang akan mendatang. Saya tak tahu kenapa saya menulis, memandangkan sebelum ini saya tidak pernah 'minat' dalam menulis. Saya cuma takut dengan apa yang berlaku. Saya cuba kemaskini pada pagi nanti, saya cuma penat dan tak tahu apa yang perlu difikirkan.


** bahagian dua & 3 sudah siap. : Link Bahagian 2 & 3.
** kisah ini diambil dari laman reddit menerusi satu posting yang dibuat oleh melburnbabyburn
** sehingga kini, penulis kisah ini masih lagi mengemaskini kisahnya di reddit dan sedang menunggu seorang Imam datang membantunya.
Sumber:siakapkeli.my


EmoticonEmoticon