Pemandu Maut, 15 Penumpang Cedera Bas Terbalik di Genting Highlands




Kuantan, 27 Julai - Pemandu sebuah bas persiaran maut manakala 15 penumpang cedera selepas bas itu terbalik dalam kejadian di Jalan Genting Highlands kira-kira jam 7 malam tadi.

Laporan Bernama melaporkan, bomba berkata, kejadian itu berlaku ketika bas pelancong yang membawa 26 penumpang itu sedang menuruni Genting Highland.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Bomba Engku Fadzir Engku Man, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.15 malam.

Sebuah jentera bomba dan 7 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati bas persiaran yang membawa 25 penumpang pelancong asing dari China terbalik.

"Bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik," katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke HKL untuk rawatan manakala mayat pemandu bas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sumber :Siakapkeli.my

Buka Sedikit Tingkap Ketika Memandu Seorang Diri, Wanita Terkejut Dilempar Masuk Benda Kotor



Seorang pelajar bernama Hafizha Syazwani yang sedang memandu kereta untuk ke pusat pengajiannya terkejut besar apabila tiba-tiba ada sebuah motosikal yang ditinggangi oleh lelaki tidak dikenali telah melepar sesuatu ke dalam keretanya.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku Penanti, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang itu, jam 7.45 pagi itu, dia sedang memandu seorang diri telah membuka sedikit tingkap keretanya di dalam kesesakan jalan raya.

Ketika membelek berita tentang kejadian ragut di telefon bimbitnya, ada seorang penunggang motosikal telah memasukkan botol air melalui tingkapnya dan menuang air yang ada di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing.



Menurutnya lagi, mujur ketika kejadian dia telah mengunci keretanya daripada dalam kerana menurutnya juga kemungkinan ia kejadian cubaan meragutnya.

Berdasarkan cerita mangsa ini, ia mungkin satu taktik untuk membuatkan wanita berkenaan keluar daripada kereta untuk menyamun mangsa atau ianya sekadar perbuatan khianat.

Apapun beliau mengingatkan wanita diluar sana supaya berhati-hati semasa memandu kereta berseorangan. 
Sumber:Siakapkeli.my

"Jangan Guna Air Sejuk, Air Ais Atau Ketulan Ais Untuk Turunkan Suhu Jika Anak Anda Demam" - Dr. Abdul Rahim



Sudah menjadi kebiasaan ramai ibu bapa diluar sana yang memilih menggunakan air sejuk untuk diletakkan di dahi atau kepada anak apabila demam di mana iainya dikatakan bertindak untuk menurunkan suhu badan.

Namun tahukah kita yang tindakkan berkenaan sebenarnya salah.


Seorang doktor bernama DrRich DrRahim telah tampil mengulas hal ini di mana beliau memberitahu cara yang betul untuk merawat anak yang deman.

Jom kita baca.


ILMU KESIHATAN. Artikel 374.

" Doc Boleh tak Anak saya Mandi Ketika Demam?"

Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit2 doc di Klinik doc. Doc rasa tanggungjawap memberi penjelasan dibawah supaya insyallah anak bangsa doc PANDAI jaga anak ketika mereka DEMAM. Harap JANGAN PENGARUH org keliling...tpi doc harap anda BERTINDAK dengan ada ILMU dan amal cara yg BETUL...OK!!

1. Apa tu DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius....iaitu lebih 37.5 °C. Demam sbgai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sbb sicomel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sbg emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain,minum & makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. Doc senaraikan cara2 menurunkan suhu tubuh bila DEMAM.

A. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudahkan mengeluarkan panas dr dlm tubuh.

B.***Adalah satu KESILAPAN jika anda:

1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS...sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, krn air yg dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.

2.Apa tah lagi bila DEMAM ada yg suruh mandikan anak dgn AIR SEJUK. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Klu nak buat esperimen...hihihi jika kita emak ayah DEMAM....cuba pi terus MANDI AIR SEJUK......Pijak lantai bilik air pun dah mengetar...apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Klu PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP...Biar periok tu sejuk dulu...baru basuhkan....bukan??


3. Hindari menyelimuti Si Comel yang demam atau memakaikan baju yg tebal seperti jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.

4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak...seperti peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!.

5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tapi air yg digunakan harus air yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.

6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum saperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Klu bayi/anak anda DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari....dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,...ini tabda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh vayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN....segeralah bawa ke doktor.

Doctor akan siasat ounca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan

* Nasihat doc. Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS TARIK "Febrile Fit"....next Artikel doc....sabar ye!!

Sumber: Siakapkeli.my

"Sengaja Aku Pakai Pakaian Lusuh Dan Kereta Paling Buruk Untuk Pergi Reunion"


Gambar Hiasan

Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat saya mengajak saya untuk menemaninya ke kedai spare parts, saya dengan rela menemaninya. kami ke bandar klang. usai membeli barangan dikehendaki.

Dia mengajak saya menemaninya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya. sudah tentu saya keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa disitu dan saya juga berpakaian agak selekeh. dia mendesak dan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. dia berjanji hanya sekejap sahaja.

Di restoran berhawa dingin itu beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual didalam kelompok-kelompok kecil. di luar terdapat deretan kereta-kereta mewah. dia masuk berjumpa mereka dan bertegur sapa.

Rata-rata mereka sudah tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah puluhan tahun, saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah.

Saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang., saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok.

Ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri. sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai. ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut.

" Woi, kau pakai kereta apa sekarang?".

Saya yang mendengar turut terasa jengkel. ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta, lagi memualkan ada sahabatnya yang terang-terang bercerita perniagaannya yang besar,
berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar
negara. sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada.

Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. dia menemui sahabatnya yang lain dan
memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka. Rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi.

Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori hingga ke kereta. mereka masih berbual-bual kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa. Mereka bukan calang-calang orang, salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi adalah ahli perniagaan. Mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian.

Apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. air mata mengalir di pipi masing-masing.

Di dalam kereta, saya bertanya sahabat saya itu kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya. dia mempunyai kereta BMW, Mercedes, Honda, Toyota Hilux dan beberapa kereta lagi, tetapi wira buruk ini juga dibawanya.

Katanya,

"Memang saya sengaja, saya nak tengok rupa sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu
makan sepinggan dan susah senang bersama. jadi, akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua orang sahaja sahabat yang masih anggap saya sahabat karib mereka. sahabat tanpa syarat".

Saya diam dan termenung sendiri. saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat
pengangkutan, pakaian cuma alas diri. kita mampu memiliki dan menggantinya kesemuanya itu pada bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada ditangan kita. ternyata harta yang
dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatan. namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa. Izman Pauzi

Sumber: Siakapkeli.my

(VIDEO) "Malam Karang Saya Belanja KFC Untuk Awak Semua Makan," Reaksi Spontan Sultan Johor Jumpa Pelajar Tepi Pantai



Alangkah gembiranya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, apabila mereka terjumpa kelibat orang yang paling disayangi di negeri berkenaan iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang bersiar-siar di tepi pantai tidak menyangka akan berjumpa dengan Baginda Sultan di mana pelajar-pelajar berkenaan mengikuti aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing yang tidak jauh dari Istana Sri Mersing milik Sultan Ibrahim.

Mereka yang melihat Baginda yang memandu Land Rover berwarna oren telah melambai-lambai tangan dan mendekati Tuanku.

"Makan sedap tak semua," tanya Tuanku Sultan kepada mereka.

"Belum makan lagi, lapar," jawab pelajar-pelajar berkenaan.

"Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC," bagitahu baginda membuatkan pelajar-pelajar berkenaan melonjak gembira.

Kelihatan ada pelajar yang mencium tangan Baginda sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada pemimpin nombor satu Johor berkenaan.





Ternyata sifat baginda yang begitu merendah diri sebagai seorang pemimpin mendapat pujian ramai rakyat termasuk bukan dari kalangan rakyat negeri Johor.
Sumber:  Siakapkeli.my

Black Hawk Down: "Hebat Juga Tentera Malaysia Rupanya, Kita Jer Yang Tak Tahu"



Pasti ramai yang tahu akan kehebatan filam Hollywood bertajuk Black Hawk di mana tentera sebuah helikopter Amerika Syarikat terhempas di tengah ibu negara Somalia selepas ditembak pemberontak.

Filem berkenaan menunjukkann askar-Askar dari Pakistan dan Amerika sendiri cuba menyelamatkan tentera yang terhempas berkenaan, namun selepas didedahkan ternyata filem berkenaan tidak menggambarkan fakta sebenar kejadian di mana sebenarnya askar dari Malaysia yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan.

Ternyata filem berkenaan telah menyinggung banyak pihak terutamanya wira-wira yang bergadai nyawa menyelamatkan tentera Amerika berkenaan di mana ketika itu dikatakan agak mustahil untuk menyelamatkan mereka.

Jom kita baca nukilan Tuan Mohd Monier tentang kehebatan tentera kita yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan yang memang tidak akan dikongsikan oleh media antarabangsa.

Antara barisan wira Malaysia yang terlibat menyelamatkan anggota
Marin US selepas Black Hawk Terhempas

Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang talipon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik. Saya call dia nak tanya kisah "Black Hawk Down" di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak dak pun babak Tentera Malaysia pi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik k.terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport. Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.



Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan2 dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yg berlaku. Lepas tu baru dapat maklumat yg Black Hawk tentera Amerika dlm operasi menangkap Jen Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap - tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dam lain-lain bertalu-talu..

Last-last depa minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bukhara. Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka(jenis) senjata api ditembak bertalu-talu. Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeza, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah depa pi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung. Mael kata kalau tentera kita tak pi bertempur sepanjang mlm tu, pakai mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu. 


Salah seorang wira kita

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia !!
(Mael sepupu saya nie pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan2 dia yg turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani. Mael kata nak wat gena, askar pencen mcm tu ja lah kerjanya...perwira negara tu..:-(


Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down, sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambaq keta depa pun tentera Amerika tak bagi, tapi lepas kejadian berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mai melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita aje yg tak tahu !!
Saja nak kongsi.
Tkasih






Sumber:Siakapkeli.my
Akhirnya Saya Wakafkan Seluruh Perniagaan – Kisah ‘Jurugambar Jutawan’ Yang Akhirnya Sedar Kekayaan…

Akhirnya Saya Wakafkan Seluruh Perniagaan – Kisah ‘Jurugambar Jutawan’ Yang Akhirnya Sedar Kekayaan…



ohbulansaifulnang2
Hari ini kita sering kali disajikan dengan cerita-cerita kejayaan mereka yang menguruskan perniagaan sehingga bergelar jutawan. Kita yang membaca ini pun bersemangat sama untuk bergelar jutawan, iyalah siapa je yang tak nak kaya?
Namun bukan semudah itu. Ada baik buruknya seperti yang diceritakan oleh Saiful Nang ini. Agak panjang sikit perkongsian beliau ini tapi percayalah ianya berbaloi untuk korang baca dan hadam! 

Jutawan sebenar bukan pada angka

PENYAKIT GELARAN JUTAWAN (KISAH BENOR KENA BACA)
Dulu saya pun senang bila orang gelarkan saya dengan gelaran-gelaran jutawan. Seronok bila suratkhabar menulis dengan headlines “Jurugambar Jutawan” bagai.
Semakin meningkat umur, semakin matang berfikir, semakin itu saya nampak apa yang saya suka dahulu mungkin tidak saya sukai hari ini. Masa kecil dulu suka makan Ding Dang, Robo atau Cikedis. Semakin tua kita tahu itu semua nonsense. Sama juga dulu seronok orang gelar kita dengan gelaran berstatus sosial begitu walaupun saya sendiri tidak pernah gelarkan diri sendiri jutawan kerana tahu jutawan sebenar bukannya pada angka tetapi pada accomplishment mereka.
Jika pada nombor, yang di Indonesia itu mahu dipanggil apa? Yang rasa dah ada 1 juta dalam akaun dipanggil jutawan nanti bila ditukar ke Pound Sterling jadi jutawan lagi ke? Maka itu semua satu status sosial kepada orang yang dilihat accomplish sesuatu kejayaan dalam hidup melalui ukuran kewangan.
Pakar-pakar pemasaran Perniagaan, motivator perniagaan juga banyak gunakan cerita-cerita tentang kejayaan anak muridnya menjana juta sana dan sini dah kerana itu yang orang minat nak dengar. Tidak salah, cuma di sebalik juta itu dan juta ini bukanlah cerita gembira pun.
Berapa ramai terinspirasi kerana Si Polan sana buat jualan Sejuta sebulan. Si Polin pula jana RM3 Juta seminggu dan macam-macam lagi inspirasi kekayaan.
Agak-agak kalau Azizan Osman promosikan seminarnya dengan menceritakan apa yang diperlukan untuk menjana jutaan jualan itu agak-agak seminar beliau hanya dihadiri oleh 15 orang sahaja rasanya. Yang lain dah lari siap-siap. Tapi bagus dia buat begitu jadi ramai orang datang dengar….dah datang tu baru tahu senang atau susahnya. Itulah mentaliti masyarakat masih mentaliti Skim Cepat Kaya. Boleh bayangkan kalau iklan Azizan Osman berbunyi
“Ayuh jana jutaan ringgit sebulan dengan bekerja hanya 20 jam sehari dengan penuh komitmen kepada jualan dan pemasaran secara guerella setiap minggu. Penjenamaan dengan belanja sehingga ratusan ribu RM sebulan sehingga kawan baik menjadi renggang hubungan dengan kita sehingga mengumpul haters dan terpaksa melayan ibu dan bapa yang berkecil hati kerana setelah perniagaan dipacu, kurang masa untuk balik kampung seperti sebelumnya”.
Agak-agaklah? Berapa orang yang minat? Motivator perniagaan sehebat beliaupun tak ramai orang nak attend jika truth itu di letak di muka depan berbanding inspirasi. Kalau beliau punya company bernama PoorAlsoCanRichWorks agak-agak ada ke orang nak join? Kalau DAO datang seminar pakai kereta Kelisa, agaknya ada tak orang berpusu-pusu kejar seminar beliau walaupun ilmu dalam dada tak boleh nak ditunjuk (Saya tak pernah join seminar DAO tapi saya lihat resultnya…saya rasa beliau sifu yang sangat hebat untuk menuntut ilmu. Belajarlah dengan dia walaupun dia datang seminar hall naik Kelisa)

Status sosial

Tapi itu dah jadi mentaliti MLM. Leader mesti pakai kereta besor (hutang pun takpe) janji besar dan mampu memberi inspirasi kepada orang untuk ikut. Kenyataan selalunya tidak semanis cerita Walt Disney.
Kekayaan bukan fairy tales tetapi kecukupan kita. Dulu semasa orang gelar saya jutawan (sekarang pun ada lagi cuma dah kurang) ketika itu mula saya rasa status sosial kena jaga. Kita diperhatikan orang sehingga jenama seluar semua pun orang ambil kira. Saya pakai sandal Amporlo beli dari Tesco harga RM14.90 pun orang ingat itu jenama Italy harga ratus-ratus. Kalau sengkek, pakai Breitling original harga RM70k pun orang ingat Petaling Street. Masa tu jugalah salesman-salesman jual pingat datukship datang himpit dari datuk dari Sulu, Mindanau, Indonesia dan yang ada negeri-negeri di Malaysia pun himpit untuk pasangkan kita dengan pangkal nama Datuk sebelum menjadi Atuk (satupun tak ambik kecuali nak bagi free). Main golf pun dah kena upgrade semua mesti pakai Callaway. Golf Club setakat jenama cap Siam semua kena trade-in dalam Mudah lah.
Tak pandai main golf pun siap ambil personal trainer belajar sampai jadi pandai. Yang penting boleh deal atas padang golf walaupun stroke selalu OB, Kolam ataupun 4 ela jer pergi (rumput yang sampai 300 ela melayang).
Bila orang gelar jutawan, komitmen jadi banyak. Nak downgrade kereta dari brand new BMW ke 2nd hand Mercedes pun kena tahan hati kerana ada haters akan cakap yang kita dah nak melingkup.
Kerja kena jadi lagi kuat kerana ketika itu motivasi dalam diri ialah “SUPAYA TIDAK HILANG APA YANG KITA SEDANG SANDANG HARI INI” kerana itu akan memalukan kita dan menjadi sindiran orang-orang yang tidak suka dengan kita.
Jadilah saya ketika itu memasuki fasa kerja dengan berkerut dahi dan penuh tension kerana sentiasa memikirkan status sosial yang sudah tinggi supaya jangan terpelecok. Kerja pun dah berkiblatkan apa orang lain pandang dan bukan apa yang mahu kita buat.
SEMAK!!
SEMAK JADI TAMAK!!

Bekerja tanpa gaji

Akhirnya, semasa saya wakafkan seluruh perniagaan dan hasil-hasilnya kepada RPWP dan bekerja tanpa ambil gaji. Nak pakai kereta mewah kita kena buka used car kereta supaya dapat pakai kereta untuk warm up sana sini sambil jual. Tiada pembaziran, tiada Lagi kerja kerana persepsi orang. Tiada lagi kerja kerana nak beli banglo tepi laut, tiada lagi kerja untuk upgrade BMW menjadi Bentley. Semua tu habissss….
Hati jadi tenang, kerja jadi senang. Rupanya selama ini saya bekerja untuk jadi hamba persepsi orang. Saya kerja supaya boleh maintain gelaran jutawan. Saya kerja kerana tidak mahu hilang BMW di tangan supaya tak malu nak tayang ke orang kampung atau kawan satu sekolah yang kita dah punya banyak harta. Saya kerja supaya isteri dan anak-anak boleh melancong tempat mahal-mahal Dan makan di restoran yang mahal-mahal.
Itu sebab, bila sekali sekala makan di restoran mahal siap ambil gambar bagai post dalam IG dan FB siap seru orang lain share dengan caption “Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri…simpati untuk mereka di Gaza” (sambil dalam gambar tu buat-buat ternampak menu restoran Victoria Station). Kenapa masa makan tepi jalan tak pula nak selfie? Ok…saya tak sampai peringkat ini, tapi saya bayangkan ada yang buat begini. Saya cuma peringkat bercuti setahun sekali dengan keluarga tapi update dalam fb banyak kali sampai orang lost kita pergi sekali ke atau banyak-banyak kali. Itu jer…tapi masih tetap Poyo.
Hari ini, hati jadi senang dan tenang. Buat kerja untuk fikirkan masa hadapan anak-anak sendiri dan anak-anak Prihatin yang dijaga. Berniaga bukan untuk untung juta-juta tetapi untuk mendidik anak-anak Warga Prihatin dan melakukan perniagaan yang kita betul-betul minat dan suka. Juta-juta tu semua datang sendiri selepas tu.
Ajaibnya, bukan buat untuk persepsi orangpun perniagaan semakin baik juga. Tak ada kerut dahipun. Orang berniaga pakaian muslimah siap buat body cutting supaya bila dijual berebut orang nak tayang body akan serbu. Kita punya baju siap macam kelambu bila buat opening orang datang juga cuma tidak menyerbu…tapi hujungnya kita puas hati. Soal untung rugi tolak nombor 2. Yang penting kita ajar anak-anak kita berniaga perlu ada matlamat dan tidak melanggar prinsip diri.
Zaman sekarang pun, orang tahu dadah tu juga satu business cuma dadah itu business yang haram. Tapi orang tahu juga jual pakaian luar kononnya jubah tapi bila pakai macam ikan duyung itu juga haram tetapi orang buat juga. Bezanya, jual dadah kena tangkap…tayang dada…orang yang nak tangkap pun tengok sama. Saya berbaik sangka sebenarnya, memang butik dah keluarkan yang longgar tapi pembeli saiz XXXL ni yang tak sedar diri beli jubah saiz S. Kan dah sendat.
Jika hari ini orang kurang gelar saya jutawan juga saya seronok. Haters yang nak ejek boleh silakan ejek. Tak perlu saya nak tunjuk statement akaun untuk setiap syarikat-syarikat yang kita kendalikan. Tak ada faedah pun nak buktikan kita ni kaya atau sengkek depan haters kerana semasa kita susah bukan mereka pun yang tolong bayar bill Maxis, Unifi, bil Indah Water kita semua. Kita juga.
So…why bother?
THey can go to hell, we want to go to heaven.

Tak boleh tipu diri sendiri

Sekarang mungkin dah jelas kan? Kenapa Bill Gates, Warren Buffet, Tony Fernandes, Azman Hashim, Richard Branson semua tak guna id instagram “TonyBillionaire” ataupun “BillGatesYangKaya” atau “RICH Branson” atau “AzmanRich”?
Kerana mereka menjadi billionaire kerana mereka lakukan semuanya bukan untuk buktikan pada orang lain mereka lebih hebat tetapi mereka lakukannya untuk kepuasan diri sendiri…untuk satu accomplishment.
Tukar kiblat hari ini. Kita boleh tipu orang tapi tak mungkin berjaya tipu diri sendiri. Jika hari ini kita bekerja keras untuk buktikan kita hebat sebenarnya itu jerat untuk kerja yang tension. Tak lama lagi kena stroke kerana tension terlebih. Jika mahu berniaga, set wawasan. Contohnya jika nak jual produk muslimah…set misi untuk berdakwah cara memakai pakaian dengan betul barulah sales sehari RM2-3k pun dah syukur sampai ke langit walaupun tak dapat nak cerita di atas hot seat yang dia jana income sebulan 2-3 juta. Tapi istiqomah nanti juta-juta tu datang juga dan masa tu naik hot seat pun puas hati.
Kaya ini bila kita rasa apa yang kita ada mencukupi diri dan mencukupi yang lain. Kalau income sebulan sejuta tapi masih rasa tak cukup-cukup untuk diri sendiri (belum untuk orang lain lagi) itu bermakna nafsu harimau. Bukan masalah pada bisnes tapi masalah pada diri sendiri.
Kalau kononnya untuk mewujudkan konfiden kepada pelanggan, saya rasa silap besar juga kepada pemberi kontrak untuk anggap orang yang datang dengan kereta mewah itu lebih kaya berbanding yang bawa kereta Proton Preve. Tak percaya cuba check rekod pembayaran PTPTN mereka ataupun hutang kereta mereka…itu baru logik kalau nak wujudkan konfiden. Biar konfiden itu datang dari track record mereka bukan dari kereta.
Yang masih hangat dengan gelaran jutawan, teruskanlah. Bukan salahpun dan kebanyakannya gelaran tu orang lain yang gelar bukan diri sendiri (walaupun dalam FB mereka siap tulis nama “Kassim Jutawan Emas”).
Rileks jer dah lah…kita tahu kita kaya ke tidak. Nak buat apa kecoh pada orang lain?
Semasa sekumpulan student dari UIA interview saya tentang perniagaan saya, ada soalan mereka tentang gaji saya mengendalikan syarikat-syarikat yang pelbagai ini dan saya jawabnya saya tidak bergaji. Lalu beliau bertanya, apakah motivasi saya untuk bekerja sehingga tidak dibayar gaji?
Saya jawab “Gaji saya terlalu mahal untuk dibayar dengan wang”. Dan beliau seraya menjawab “Saya dah jumpa salah seorang manusia terkaya di dunia…kerana hartanya tidak sampai ke hati langsung”. (Statement ni mesti ada orang pertikaikan nanti..tapi pada aku…sukahati lah nak cakap apa, bukan kau yang bayar bill Indah Water aku).
Untuk belajar dari orang, ambil kebaikannya.
Untuk perbaiki diri, kaji keburukannya.
Dalam cerita ini, saya ceritakan yang buruk tentang saya…juga yang saya sudah perbaiki. Fair kan? Tak poyo kan?
Sekian
SAHIBUSSAMAHAH ALFADIL Y.BHG DATUK DR. HAJI SAIFUL NANG AL-KAJANGI
Agaknya Malaikat panggil yang bahagian mana satu dalam nama di atas?
Sumber : ohbulan.com

Kategori

Kategori