Temui ajal selepas beraya


Siti Rahmah (duduk, dua dari kanan) sedih ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Keseronokan lima kanak-kanak pergi beraya bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang berhampiran Klinik Ke­sihatan Cheng, mangsa, Kamahans Daniel Ismail, 13, maut di tempat kejadian manakala rakannya Muhammad Ade Putera Ronizam, 12, disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.
Menurut ibu Kamahans, Siti Rahmah Ismail, 40, anak keempat daripada enam beradik itu keluar rumah di Taman Cheng Perdana, Cheng untuk beraya bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 9.30 pagi.
“Dia (mangsa) ada beritahu nak keluar beraya dengan kawan-kawan dia. Saya izinkan dia keluar sebab selalunya dia tak akan pergi jauh-jauh.
“Dalam pukul 1 petang saya dimaklumkan dia terlibat dalam kemalangan dan pengsan di tempat kejadian. Saya bergegas ke sana namun luluh hati saya apabila melihat Kamahans tidak lagi ber­nyawa,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka.
Sumber: kosmo.com.my


EmoticonEmoticon