Menyelinap Masuk Ke Bandar Tinggal Fukushima, Lelaki Dari Malaysia Ini Temui Begitu Banyak Barang Berharga



Pada tahun 2011 lalu telah berlaku kejadian gempa bumi kuat berukuran 9 pada Skala Rither di Tōhoku yang telah menyebabkan berlakunya kemelut kemanusiaan dan kesan ekonomi yang dahsyat.

Bencana ini juga telah menyebabkan berlakunya tsunami yang memaksa kira-kira 300,000 orang penduduk meninggalkan kawasan berkenaan kerana kekurangan bekalan makanan, air bersih, tempat berteduh, ubat-ubatan an bahan bakar.

Kejadian tersebut telah menyebabkan satu kerosakan kritikal ke atas Loji Kuasa Nuklear Fukushima I yang menyebabkan kebocoran radiasi yang parah dan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan dan persekitaran jangka panjang sehingga memerlukan usaha pembersihan yang menelan belanja besar.

Oleh itu, bandar Fukushima kini telah ditinggalkan kerana kesan radiasi yang begitu tinggi merebak di kawasan berkenaan.

Bandar berkenaan yang digelar sebagai bandar berhantu kini merupakan kawasan larangan bagi orang ramai memasukinya kerana kesan radiasi.

Seorang lelaki bernama Keow Wee Loong yang merupakan rakyat Malaysia telah pergi ke negara matahari terbit berkenaan dan menyelinap masuk ke kawasan larangan tersebut.

Namun apa yang dijumpainya amat mengejutkan di mana katanya ia amat berbeza dengan kejadian di Chernobyl di mana hampir semua kedai yang ada dirompak sehingga habis licin, tetapi berbeza dengan Fukushima.

Jom kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh beliau.



Shopping di supermarket yang telah ditinggalkan sejak bencana Fukushima 2011

 Banyak binatang liar yang masuk ke dalam ini mencari makanan. Difahamkan binatang-binatang itu ditinggalkan oleh pemiliknya sejak bencana Fukushima 2011

Terdapat begitu banyak majalah porno di kedai buku Fukushima, edisi 2011

Listerine 2011

Kedai buku

 KEdai video yang banyak menyewakan cerita anime dan 'hentai'

 Kedai dobi yang masih dipenuhi pakaian yang dibasuh, masih terdapat sejumpakh kira-kira 100 yen di dalam mesin berkenaan

 Masa terhenti di Okuma, Futaba dan Namie pada Mac 2011

 Lagi supermarket di Namie, York Benimaru

 Majalah keluaran Mac 2011

 Stesen kereta api Namie

 Runtuhan akibat gempa bumi

 Bar yang ditinggalkan di Namie

 Kedai CD. terdapat banyak koleksi limited edition di kedai ini.

 Kereta yang ditinggalkan di ruangan parking sejak 2011

 Salah satu laluan (masuk) di bandar Okuma di tutup

 Kedai serbaneka yang ditinggalkan

Sisa radiasi boleh ditemui di mana-mana di kawasan ini

 Di Tomioka

 Bandar berhantu di Fukushima

 Kedai kasut

 Bangunan runtuh akibat gempa bumi

 Rumah yang ditinggalkan di Zon Kuning

 PS2 yang masih belum dibuka dari kotaknya.

 Meskipun telah lama ditinggalkan, namun lampu isyaratnya masih berfungsi

Kedai bunga, banyak bau bunga mati di sini

100 meter dari loji janakuasa Daiichi Fukushima yang meletup 2011.

Sumber: Siakapkeli.my


EmoticonEmoticon