Jaga haram bagaikan ‘bom jangka

Seramai 15 pengawal keselamatan warga asing yang bekerja secara haram ditahan oleh Jabatan Imigresen dalam dua serbuan di sebuah kondominium dan pusat beli-belah di Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 pengawal keselamatan haram terutamanya warga asing di negara ini tidak ubah ibarat ‘bom jangka’ apatah lagi pada musim cuti perayaan ini apabila diambil bekerja tanpa sari­ngan latar belakang dan dibayar gaji yang murah.
Presiden Persatuan Perkhid­matan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali (gambar kecil) mendedahkan, terdapat syarikat keselamatan yang mengambil jalan mudah demi mengaut keuntungan besar apabila sewenang-wenang mengambil pekerja asing sebagai pengawal keselamatan.
Apa yang menakutkan katanya, tindakan syarikat yang membayar pengawal ke­selamatan haram dengan gaji yang murah selain mengabaikan kebajikan mereka mengundang bahaya kepada penduduk setempat apabila tekanan hidup mendorong kumpulan ini me­lakukan jenayah.
Difahamkan pe­ngawal keselamatan haram dibayar gaji serendah RM630 dan jika mampu membuat rondaan menggunakan anjing boleh mencecah RM1,700.
Ia jauh daripada gaji stan­dard pengawal keselamatan tempatan sekitar RM2,135.
“Demi meneruskan kelangsungan hidup, tidak mustahil pengawal keselamatan haram ini melakukan pelbagai jenayah seperti pecah rumah dan mencuri seperti yang didedahkan di dada-dada akhbar

Sumber:kosmo.com.my


EmoticonEmoticon