‘Ustaz Hipster Mabuk Populariti’ – Pemuda Ini Bidas Kenyataan Imam Muda Ammar Isu Vaksin



vaksin1.1
Baru-baru ni viral isu seorang Imam Muda yang sindir pasal penggunaan vaksin. Kenyataan beliau (yang sudah dipadam dari FB) mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang menyokong, tak kurang yang mencemuh. Vaksin ni dah lama digunakan, even mufti pun kata harus dan takde masalah. Kita dari kecil pun dah disuntik dengan vaksin, kan?
Rata-rata mengkritik pendekatan yang digunakan beliau kerana beliau merupakan seorang yang berada dalam landasan agama. Bukan sesuka hati boleh buat kenyataan yang berbaur sinis dan mengundang persepsi tak baik buat semua orang. Kami kongsikan pendapat brader ni tentang isu Imam Muda Ammar.

Islam bukan anti sains

Screen Shot 2016-06-23 at 12.24.36 PM

Dah puas lagakan, isytihar pahala menggunung pula

Screen Shot 2016-06-23 at 12.24.47 PM

Mudahnya jalan menuju syurga

Screen Shot 2016-06-23 at 12.24.59 PM

Mabuk populariti

Screen Shot 2016-06-23 at 12.25.08 PM

Status Imam Muda Ammar

Ini adalah snapshot status Imam Muda Ammar yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
imam muda
Ini pula statement permohonan maaf Imam Muda Ammar berkenaan isu vaksin
Assalamualaikum Semua Rakyat Malaysia.
Sekali lagi saya ingin memohon maaf atas status sebelum ini yang mengundang kemarahan ramai. saya telah pun memohon maaf secara terbuka, Namun saya merasakan permohonan maaf sahaja tidak cukup . Saya merasakan perlunya penjelasan dibuat bagi menjernihkan ketelanjuran dan silap faham yang berlaku.
1. Saya memohon maaf kepada semua.
2. Status tentang vaksin yang agak kasar itu sepatutnya tidak ditulis. Sebenarnya ia adalah tindak balas daripada statement seseorang di fb yang terlalu menyalahkan ibubapa yang melarang anak mereka daripada divaksin. Sehingga tulisan itu seolah melebihkan kuasa vaksin daripada kuasa Allah SWT. Disini beberapa penjelasan :-
a) Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di fb yang mana tulisan itu seolah2 menafikan kuasa Allah SWT. Vaksin adalah asbab dan perantara, Tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah SWT . Apakah saya tidak merasa marah apabila seseorang mengatakan ada sesuatu yang lebih hebat daripada Kuasa dan Takdir Allah SWT. Tetapi tidaklah kita perlu meninggalkan Asbab dan perantara, kapal ingin berlayar perlukan air.
Jadi… adakah saya anti vaksin ?
b) Saya berpandangan terbuka dalam masalah vaksin kerana mendapati ramai yang menggalakkan penggunaan vaksin seperti Doktor Hospital dan ramai juga yang tidak mahu langsung menggunakan vaksin seperti Pengamal Perubatan Alternatif sebahagiannya. Sejak isu ini viral, ramai rakan2 menghantar mesej saya secara personal menyatakan sokongan mereka kepada saya.
Bagi saya pula, saya BUKANLAH anti vaksin . Demi Allah , saya membiarkan anak saya diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran. Kalau saya anti vaksin mana mungkin saya membiarkan anak saya disuntik Vaksin ? Dan saya menyarankan kepada ibubapa agar berbincang dengan para doktor dan pakar yang terbaik untuk anak mereka kerana mereka lebih arif. Tambahan pula, Fatwa telah mengharuskan dan menggalakkan vaksin, mana mungkin saya lebih arif daripada Doktor dan Mufti.
Mungkin ada yang mempersoalkan post saya sebelum ini (agak lama dahulu) di IG yang mana saya telah upload gambar yang dipetik daripada buku tulisan Jerry D. Gray dalam buku bertajuk Trust No One,Penulis telah menulis lebih daripada 50 muka surat berkaitan bahayanya vaksin. Post itu bertujuan ingin mendapatkan respon masyarakat tentang perkara yang ditulis serta jawapan daripada dakwaan penulis akan bahayanya vaksin. Tambahan pula ramai saudara mara saya yang turut menjadi rakan FB dan IG adalah dikalangan Doktor. Ianya sepertimana anda share status saya sebelum ini bukannya bertujuan setuju dengan status saya tetapi share tanda tidak setuju dan supaya saya dihentam. Post itu bertujuan mendapatkan respon daripada pakar yg terdapat dalam fb dan IG saya. Dan kalau benar dakwaan Jerry D, Gray itu yang mengatakan Vaksin adalah berbahaya, maka seharusnya kerajaan Malaysia menyekat kemasukan buku2 tulisan beliau kerana menimbulkan kekeliruan.
Jadi tulisan itu sebenarnya disebabkan rasa marah saya kerana seseorang Muslim menafikan kuasa Allah SWT, bukannya kerana anti vaksin. Apabila menulis dalam keadaan marah, maka tulisan saya agak keterlaluan dan jauh daripada maksud sebenar yg dimaksudkan. Jadi untuk kesekian kalinya saya mintak maaf.
Saya sedar yang tulisan itu tidaklah maksud sebenar yang dimaksudkan tetapi sebaliknya.
3. Saya bukanlah Doktor atau Mufti, Rujuklah kepada Pakar Perubatan anda.
4. Atas nasihat anda, saya telah buang title Imam Muda, jadi jangan libatkan Imam Muda yg lain. Saya hanyalah hamba berdosa.
5. Setiap manusia sering melakukan kesilapan, Jadi maafkan saya.
6. Saya bukan anti vaksin tetapi saya anti ucapan yang menafikan kuasa Allah,
7. Mungkin saya perlu hadiri kelas bahasa agar lebih tepat kepada maksud yang disampaikan.
8. Anda boleh Pm saya jika perlu kita berbincang dengan harmoni.
9. Maaf sekali lagi.
– Ammar
Pendapat brader ni memang ada betulnya. Kebetulan, dia pun memang kerja di kementerian berkaitan. Isu vaksin ni, mufti pun dah kata boleh dan takde masalah langsung, based on perbincangan jumhur ulama. Masalah juga kalau jenis selebriti agama ni. Apapun, korang nilai sendiri ye.
Sumber: ohbulan.com


EmoticonEmoticon